Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all 1348 articles
Browse latest View live

Tujuh Kedai Dalam Talian Di Malaysia Menyediakan Perkhidmatan Penghantaran Bahan Makanan Supaya Tetap Selamat Dalam Wabak Covid-19

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Kita ni masih lagi belum pulih sepenuhnya masih dalam tempoh PKPP dan juga kena berjaga-jaga kerana pendamik yang melanda negara sekarang. Ramai kat luar sana yang terkesan dengan keadaan dan juga situasi ini memberi impak kepada normal hidup seluruh rakyat Malaysia. 

Selalunya kita boleh keluar pergi kedai atau pasaraya dengan bebas tanpa perlu nak kena pakai penutup muka tapi sekarang ni tidak lagi. Kita masih perlu juga untuk mendaftar masuk dan juga perlu kepada penjarakan fizikal jika berada di tempat yang ramai orang. Sebab itu sekarang ni macam Maha lebih selesa untuk membuat pembelian barangan keperluan secara atas talian. Maha senaraikan tujuh kedai dalam talian di Malaysia yang menyediakan penghantaran terus ke rumah.


1. Potboy


Potboy mempunyai lebih daripada 10,000 produk runcit dan juga bahan keperluan rumah terus dari pembekal. Tetapi yang membezakannya dengan kedai lain ialah korang boleh menyerahkan barang kitar semula yang ada di rumah kepada mereka untuk kredit kedai yang disebut sebagai Potboy Gold. Melalui Potboy Gold, korang boleh gunakan potongan untuk pembelian atau menebus hadiah. 

Sekiranya korang ingin membuat sumbangan, korang juga boleh membeli bahan makanan untuk rumah anak yatim dan tempat perlindungan warga tua, yang akan dihantar setiap dua minggu bagi pihak korang. Namun perkhidmatan penhantaran hanya terhad ke kawasan terpilih di Lembah Klang. Jangkaan penghantaran barang dalam 3 hingga 5 hari bekerja, tidak termasuk hari Ahad dan Cuti Umum. Mereka juga menerima pelbagai jenis pilihan pembayaran termasuk pembayaran semasa penghantaran, e-dompet, kad debit / kredit dan transfer bank langsung.

2. HappyFresh


Berbelanja pada saat terakhir? Pergi sahaja ke laman web atau aplikasi HappyFresh (tersedia di Google Play dan Apple App Store) senaraikan dan tempah sendiri barang yang korang nak beli mereka akan memilih dan menghantarkan barang korang dalam masa kurang dari 1 jam sahaja. Tempoh penghantaran adalah berdasarkan alamat korang, HappyFresh akan menyenaraikan pasar raya berhampiran kediaman korang seperti Village Grocer dan Tesco juga ada kedai khusus seperti makanan organik dan kedai haiwan peliharaan. 

Penghantar sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor. Pengoperasian penghantaran mereka adalah 7 hari seminggu termasuk cuti umum di antara waktu 10:00pagi dan 9:00malam, bergantung pada waktu buka kedai yang berhampiran. Namun ada minimum perbelanjaan yang perlu dibuat iaitu RM50 tetapi berbeza-beza bergantung pada kedai. Manakala bayaran perkhidmatan berdasarkan jarak rumah korang dari kedai, bermula dari RM3 dengan tambahan RM1 per km. Ini juga boleh berbeza bergantung pada permintaan. Mereka juga menerima bayaran melalui kad kredit / debit dan juga wang tunai semasa penghantaran.

3. MyGroser


Ia adalah perkhidmatan penghantaran yang diuruskan sendiri, dari cara mereka mendapatkan tempahan korang, memilih bahan dan menghantar. Menariknya mereka mempunyai ‘cloud store’ mereka sendiri yang bermaksud mereka tidak mendapatkan barang dari kedai yang ada, tetapi store mereka sendiri, lengkap dengan bilik penyimpanan sejuk dan kedai roti sendiri.

Walaupun ianya bukan kedai fizikal yang boleh korang pergi untuk beli barang tapi mereka memastikan bahawa 9,500 produk mereka tetap segar dan bersih. Menariknya juga mereka menyediakan penghantaran pada hari yang sama di slot waktu penghantaran tertentu, 7 hari seminggu dari jam 09:00pagi hingga 9:00malam, termasuk Cuti Umum kecuali dinyatakan. Namun, perkhidmatan mereka hanya meliputi Lembah Klang sahaja.

4. Pasar Segar


Ia adalah salah satu usaha peniaga tempatan dalam memberikan penghantaran barang basah yang segar dan terbaik terus dari pembekal kepada pengguna. Pasar Segar adalah platform pembelian atas talian. Ada lebih daripada 250 jenis barang segar yang di jual di sini seperti makanan laut, daging ayam, daging lembut dan kambing, sayur-sayuran dan juga buah-buahan semua ada. Pasar segar ada penghantaran terus ke rumah dengan tiada limit pembelian dan boleh buat bayaran atas talian.


5. Signature Market


Pada korang yang suka bahan organik sudah tentu kat sini pilihannya. Produk organik mempunyai kualiti dan standard tersendiri. Kat kedai ini ia menawarkan lebih dari 500 produk organik terus dari pengeluar, yang bermaksud pelanggan dapat menikmati potongan harga hingga 50%, tanpa orang tengah. 

Mereka dibuka 24/7 dan dihantar ke seluruh Malaysia dalam masa 7 hingga 10 hari bekerja. Terdapat bayaran penghantaran RM10 yang tetap untuk semua pesanan, tetapi korang akan mendapat penghantaran percuma sekiranya pesanan adalah RM100 ke atas. Korang boleh buat pembayaran melalui kad kredit / debit, perbankan dalam talian dan e-dompet.

6. Family Mart


Kedai sebaneka ini adalah antara yang paling popular juga dikalangan rakyat Malaysia. Sebenarnya kalau korang tahu bahawa Family Mart juga menyediakan perkhidmatan penghantaran barang daripada barang makanan juga ada barang runcit yang di perlukan. Antara barangan runcit ada kat sini adalah mee segera, produk sejuk beku, sos, minuman, dan banyak lagi lah. Juga ada barang penjagaan kesihatan dan juga penjagaan peribadi.

Pembelian online boleh kumpul point dan digunakan untuk redem semula lagi mudah dan berbaloi. Operasi setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 9.00 malam. Siapa yang suka barang dari luar negara pun ada kat sini ramai yang dah tahu kalau sebut tentang Oden dan juga Bento serta Onigiri. 

7. PandaMart


Ini terbaru dan juga yang menjadi pilihan ramai untuk mendapatkan produk keperluan melalui penghantaran. Pembelian dalam talian setiap hari menjadi mudah. Pilih apa sahaja dari bahan makanan, minuman hingga kesihatan dan farmaseutikal, juga barangan elektronik. Pergi ke checkout dan abang rider berbaju pink FoodPanda akan buat grocery delivery terus di depan pintu korang dalam masa singkat.

Menariknya ia tiada nilai pesanan minimum untuk pembelian. Korang juga boleh pilih kedai runcit kegemaran dan barang berpatutan setiap hari. Masa penghantaran purata 25 minit mengikut pada lokasi dan juga keadaan. Buat masa ini penghantaran ini terhad pada waktu sebelum pukul 11.00 malam sahaja kerana masih dalam PKPP. Korang boleh buat pembayaran secara dalam talian semasa membuat pesanan dengan menggunakan kad kredit atau debit atau PayPal. Korang juga boleh membayar tunai semasa penghantaran.

Jadi korang rasa macam mana ok tak senarai lis kedai untuk korang dapatkan barangan dapur yang Maha selalu gunakan ini. Ikut pada kemahuan dan juga apa yang korang nak dapatkan dengan mudah dan paling penting selamat dalam waktu yang tidak mengizinkan ini. Selamat membeli belah dan juga kita jaga kita.









Lokasi Gathering Makan-makan Dengan Kawan Yang Paling Rare Di Kuala Lumpur

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan hebat. Soalan berapa lama korang tak keluar makan atau gathering bersama dengan kawan-kawan. Tidak kiralah kawan zaman sekolah ker atau zaman kolej mahupun universiti. Mesti rindu duduk ramai-ramai dan juga sembang tak ingat dunia pastu bahan kawan sendiri hehehe seronoknya.

Korang rasa ada lagi ke moment-moment tersebut zaman sekarang ni. Yer lah kalau lepak keluar ngan kawan-kawan pun semua duk sibuk main telefon bimbit masing-masing. Kalau tak chating atau like kat sosial media korang sibuk main game online sekarang kan dah banyak.



Cuba kita lupakan semua itu sementara bila keluar bersama kawan lama. Hanya itu sahaja masa dan peluang yang ada untuk korang habis masa bersama kawan lama zaman membesar dulu. Mungkin boleh lepak kat tempat makan yang special sikit. Kalau tak tahu nak pergi mana mari Maha perkenalkan satu restoran makan terbaik di Kuala Lumpur ni. 


Ramai nampak orang update dan juga kongsikan keseronokkan bukan sahaja makan tapi juga suasan restoran ini. Tempat yang Maha maksudkan ini adalah Restoran Fatin Kitchen yang terletak di Danau Kota Setapak. Kalau korang Google atau buat carian kat sosial media dah cukup popular juga tempat ini kerana menyajikan menu masakan bertaraf 5 bintang tapi pada harga 2 bintang sahaja.


Kalau korang datang lepak tak makan atau minum kat sini tak sah jugakan. Apa kata cuba menu pilihan terbaik di sini antaranya seperti Nasi Lemak Rendang Rusa perhhhhh terbaik. Siapa suka makan kambing boleh pilih Kambing Bakar Mongolia Style macam mana lak tu rupanya. Serta satu lagi Nasi Lemak Kalasan. Semua menu ni disediakan oleh seorang bekas chef dari hotel lima bintang.

Lepas ni kalau korang lepak kat restoran ni confirm tak akan main game sahaja korang mesti akan fokus kepada makanan yang ada dan juga kusyuk bersembang. Itulah tujuan untuk korang gathering bersama kawan-kawan kan. Maha sendiri pun nak ajak kawan zaman universiti makan sini jom korang hehehe.

Kalau korang tengok dari gambar yang orang ramai kongsikan ni memang tempat ni sangat luas dan juga boleh buat pelbagai lagi aktiviti lain. Korang boleh plan untuk buat annual dinner, majlis seminar, sambutan hari jadi, makan-makan dengan keluar, Candle Light Dinner, pelancaran produk dan banyak lagi lah.



Kalau korang ada plan nak datang sini lepak-lepak atau nak cuba semua menu menarik mereka boleh lah datang kerena restoran ni buka setiap hari dari pukul 12.00 tengah hari sampai 12.00 tengah malam. Tapi kalau korang nak oder online pun boleh kerana mereka menyediakan service penghantaran terus ke rumah korang.

Tapi bagi Maha datang makan sini lagi syok kot kerana suasana dan juga dekorasi yang menarik dalam restoran ni. Mereka boleh ubah mengikut acara dan juga suasana yang korang nak. Nanti kalau korang datang makan sini boleh lah tinggalkan komen kita kongsi apa yang menarik agar ramai orang boleh mendapat pengalaman terbaik di sini. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera semua.

Sebarang maklumat lanjut tentang promosi layari :








Dumpling Kings Dan Phuture Daging Memperkenalkan Daging Berasaskan Tumbuhan Pertama Di Malaysia

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Dumpling memang antara makanan kegemaran Maha suka kalau dapat yang Halal dan juga yang pelbagai rasa didalamnya. Cuma nak dapatkan yang Halal tu agak sukar juga tapi masih ada yang tawarkan Dumpling Halal. Tapi korang pernah cuba atau rasa Dumpling daripada sayur-sayuran yang menggantikan daging?

Perkara ni bukan pelik lagi tau ia memang ada dan telah diusahakan oleh anak tempatan. Dumpling Kings berkerjasama dengan Phuture Daging iaitu syarikat daging berasaskan tumbuhan yang diperakui halal pertama di Malaysia. Dengan menggunakan tagline 'Dumpling For All' Dua syarikat besar ini telah menjalin kerjasama dalam mengeluarkan daging berasaskan tumbuhan menggantikan daging lembu. Bagi memastikan ia boleh dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat dan juga berbilang agama di Malaysia. Juga kepada mereka yang Vegan Meat di Malaysia. 
 Datin Maziah Omar Pengurus Besar Phuture Daging

 Lyn Teh & Shawn Pan Pengasas Bersama Dumpling Kings


Daging berasaskan tumbuhan Phuture Daging diproses sesuai dengan standard halal, yang diawasi oleh Lembaga Penasihat Halal Phuture Daging yang diketuai oleh Pn. Norlia Binti Yusof. Menarik bukan memang teruja Maha dapat menjadi antara yang pertama mencuba Dumpling keluaran mereka ini. Semasa sesi mencuba makanan Dumpling ini terdapat empat rasa Dumpling dan ada sesetengah panggil 'Ladu'. Empat rasa tu mewakili mala pedas, kimchi, chives (daun kucai), dan cendawan yang disajikan dengan cara masakan goreng atau juga kukus. 




Dalam kempat-empat rasa ini yang paling Maha suka adalah pastinya mala pedas dan juga ada daun kucai. Bila digoreng dapat rasa lembut didalam dan berjus lagi bila gigit dan juga kerangupan kulit kesan daripada gorengan bahagian bawahnya. Biasalah orang Malaysia mesti suka yang pedas punya jadi rasa pedas tu dah kena dengan inti dumpling ni.


9 fakta menarik tentang Dumpling ini


1. Produk Phuture Daging menggunakan soya non-GMO, bebas kolesterol dengan rendah kalori dan tinggi kandungan protein. Tanpa tambahan hormon atau antibiotik, ia adalah Muslim, Buddist, vegan dan vegetarian selain bebas dari kekejaman.

2. Protein berasaskan tumbuhan: Soya, Nasi, Buncis, Kacang, Cendawan.

3. Karbohidrat: Tepung Soya, Pati Kentang, Buah Chicory, Bran Gandum Tanpa Gluten.

4. Maklumat pemakanan setiap hidangan 100g:
- Tenaga: 114kkal (476kj)
- Protein: 13.5g
- Lemak: 1.8g (lemak sifar trans)
- Kolesterol: 0mg
- Karbohidrat: 10.8g

5. Menu Dumpling Kings menyajikan ladu daging berasaskan tumbuhan yang halal dengan 4 pilihan rasa (mala pedas, kimchi, kucai, dan kubis cendawan) dan 2 gaya penyediaan (Pan-goreng atau Rebus).

6. Dumpling panggang ini berair di bahagian dalam, sambil tetap coklat keemasan di luar kerana teknik keseimbangan antara menggoreng dan mengukus. Bawang pertama dipanggang pada api yang tinggi hingga keperangan di bahagian bawah. Kemudian percikan air ditambahkan, dan kuali ditutup dengan cepat untuk mengukus Dumpling. Ini menghasilkan campuran tekstur, dengan Dumpling rangup di bahagian bawah dan lembut di bahagian atas sementara bahagian dalamnya tetap berair.

7. Dumpling dibuat dengan campuran daging dan sayur-sayuran berasaskan tumbuhan. Campuran ini ditambahkan ke adunan yang diratakan sebelum bahannya ditutup dengan teliti. Dengan cara itu, Dumpling Kings mengekalkan rasa asli ladu chives tanpa menjejaskan rasa dan tekstur walaupun menggunakan daging berasaskan tumbuhan.

8. Dumpling Kings menggunakan doh buatan tangan segar untuk kulitnya, dengan kecekapan dan kepakaran tukang masak dumpling yang asli.

9. Dumpling ini disajikan sewaktu panas dengan kicap halia dan cuka khas Dumpling Kings serta sedikit minyak cili.




Dumpling Kings juga akan merancang untuk membuka outlet pertama mereka di Malaysia yang menawarkan menu berasaskan tumbuhan sepenuhnya halal pada suku ke-4 2020 dan membuka modelnya kepada rakan perniagaan untuk pengembangan pada tahun 2021. Ini akan memperkenalkan lagi produk ini kepada umum. Phuture Daging menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan yang ingin memasukkan penawaran berasaskan tanaman ke dalam menu mereka.

Lihat lebih banyak maklumat di laman web www.phuturedaging.com

Dumpling Kings:
Co-founder Shawn Pan (HP: 014 395 8806)
Co-founder Lyn Teh (HP: 012 226 7391)
E-mail Address: dk.dumplingkings@gmail.com

Phuture Daging:
General Manager Datin Maziah Omar (H/P: 019- 650 3747 - maziah@phuturedaging.com )





Sebenarnya Vietnamese Spring Roll Dimakan Bersama Sos Kacang - Rasa Viet

$
0
0

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Sejak hari viral makanan Vietnamese Spring Roll ramai orang kita cuba buat menu ni dengan pelbagai bahan dan cara. Tapi tahukan korang sebenarnya makanan ini bukan di makan dengan sos pedas seperti mana yang kita kat Malaysia makan. Kalau ikutkan orang Vietnam makan Spring Roll ni dengan mencicah bersama dengan sos kacang. Maha baru tahu semua ini setelah pergi makan sendiri makanan Vietnam di sebuah restoran terletak di Bangsar Kuala Lumpur.

Kalau tidak selalu orang Malaysia akan makan Spring Roll tu dengan sos cili yang masam-masam pedas tapi kat sana sangat berbeza. Maha hari tu pergi nikmati sendiri makanan yang menjadi signature negara terbut di Restoran Rasa Viet. Dulu restoran ni dikenali sebagai nama 'Xin Chao Vietnam' atau maksudnya Hello Vietnam



Kalau korang berada di tengah-tengah Bangsar South boleh cari restoran ni yang terletak di bagunan The Sphere. Depan pintu masuk restoran ni pun korang dah berasa berada di sebuah perkampungan di pedalaman Vietnam kerana ia mengetengahkan reka bentuk pintu dan juga warna yang sinonim dengan negara tersebut. Lepas tu ada pula sebuah basikal lama yang sangat sesuai untuk korang bergambar di sini. 


Restoran ni terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian dalam yang berhawa dingin atau juga bahagian terbuka yang lebih kepada angin semulajadi. Tak panas kalau berada kat luar ni tapi sesuai bagi mereka yang suka dengan cuaca di Malaysia. Sini banyak sudut untuk Instagramer atau mereka yang suka OOTD bergambar cantik dan juga penuh gaya. Setiap sudut boleh dimanfaatkan sangat bestlah.



Maha cerita pula makanan yang Maha telah cuba semasa datang makan kat sini hari tu. Pastinya kita akan dihidangkan dengan makanan pembuka selera dimana korang boleh pilih nak cuba Fried Roll atau juga yang Maha sebut tadi Vietnamese Spring Roll yang dimakan bersama dengan sos kacang. Kalau yang goreng tu memang makan dengan sos pedas. Spring Roll mereka ni memang sangat padat dan juga bungkusan yang ketat di mana inti dalamnya mengandungi Udang, Ayam, sayur-sayuran dan juga bihun. 

Vietnamese Spring Roll

Fried Roll

Korang kena cuba juga mereka punya salad atau kita panggil kerabu mangga yang ni disediakan dengan keropok udang. Cara nak makan Mango Salad Prawn ni korang kena isikan bahan-bahan kerabu tu atas keropok udang dan makan sedikit demi sedikit sehingga habis memang terasa segalanya. Korang boleh rasa kesegaran manga dan salad yang digunakan dan juga kerangupan pada keropok udang tu terbaik lah. 

Mango Salad Prawn

Kesedapan hari tu diteruskan lagi dengan makan pula mereka punya Sizzling Pancake. Lebih kurang juga ia menggunakan Rice Paper Roll untuk menggulungnya dan didalamnya ada macam-macam seperti sayur-sayuran dan juga pancake yang di goreng garing. Inti dalamnya tu ada daging ayam dan juga udang. Memang makanan Vietnam ni kaya dengan sayur-sayuran yang segar dan juga menyihatkan lah.

Sizzling Pancake


Tak habis kat situ lagi Maha order lagi menu lain yang menjadi juadah utama kat restoran ini iaitu Rice Noodle Soup. Ini memang korang wajib kena cuba tak sah kalau datang restoran ni tak cuba sup dan mee mereka ni. Kat sini mereka masak sup ini ikut cara tradisi dengan merebus bahan utama selama lebih kurang 10 jam baru sup tu siap dan rasa keasliannya. 

Rice Noodle Soup With Smoke Duck Pho

Rice Noodle Soup with Beef Pho

Rice Noodle Soup With Prawn Pho

Sup mee beras ni di sediakan dengan pelbagai pilihan bahan utama iaitu Steam Chicken Pho, Smoke Duck Pho, Prawn Pho atau juga Beef Pho atau Meatballs Pho. Korang boleh pilih mana yang nak dicampur untuk membangkitkan rasa enak dalam hidangan ini. Cara nak makan pun unik dan menarik sepertimana yang diajar oleh mereka nak makan sup ni kena gaul perlahan di permukaan sup dan hurup satu sudu. Lepas tu baru masukkan bahan seperti sayur yang disediakan. Nak tambah uhpmmm lagi mereka sediakan sos atau sambal yang ni korang boleh cicah sikit-sikit itu cara mereka menikmati hidangan sup ini sebenarnya.

Traditional Caramel Pudding 

Maha pun baru belajar cara orang Vietnam makan mee, kalau kita campur semua sambal dan gaul sekali sehingga sekata. Menariknya makanan di sini tiada menggunakan MSG dan juga mengekalkan cara masakan tradisional dari negara Vietnam. Kalau korang tanya tentang Halal kat sini ia menggunakan pembekal bahan makanan yang dijamin halal. Jadi ia adalah restoran mesra muslim dan korang boleh tengok sendiri di laman web Rasa Viet di sini.

Drip Coffee With Milk

Satu lagi bila orang datang melancong ke Vietnam adalah untuk mencuba mereka punya keenakan kopi asli. Kat sini pun ada kopi sama seperti di sana iaitu Drip Coffee With Milk. Dimana minuman kopi panas yang disediakan akan dibiar menitis perlahan-lahan dalam cawan dan setalah siap ia akan dikacau bersama dengan susu dan dituang dalam gelas berisi ais untuk rasa sejuk dan segar. Kalau nak minum kopi panas-panas pun boleh layan juga. Bagi Maha yang kurang minum kopi ni pun boleh terima kopi mereka sangat pekat dan berkualiti terasa segalanya. Tak cukup untuk minum secawan kena dua tiga cawan hehehehe.


Juga korang boleh order minuman segar iaitu Lemongrass Ginger dengan ais sangat segar rasanya. Betul lah patut orang Vietnam cantik dan juag usia panjang sebab mengamalkan makanan sihat dan juga berkualiti macam ni. Lepas ni kita tak perlu nak terbang jauh ke sana untuk nikmati semua makanan Vietnam kat Malaysia pun dah ada. Restoran ini buka setiap hari dari pukul 11.00 pagi hingga 10.00 malam. Maha dah cuba korang kena datang sendiri dan cuba menu kat sini semuanya ok. Selamat menjamu selera dan selamat mencuba.

Promosi dan juga info lanjut boleh layari :

Laman web : https://www.rasaviet.com/

Facebook : https://www.facebook.com/RasaViet

Instagram : https://www.instagram.com/rasa.viet

Email : hello@rasaviet.com



 


Papan Tanda ‘Mekdi’ di 16 Restoran McDonald’s Pilihan Rakyat Malaysia

$
0
0

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Sekarang ni kita masih rancak dalam bulan Kemerdekaan dan juga Hari Malaysia. Macam-macam caralah rakyat Malaysia nak menzahirkan rasa cinta dan sayang mereka kepada negara bagi menyemarakkan lagi bulan penuh bermakna ini. Tidak terlepas juga restoran makan kegemaran rakyat Malaysia iaitu McDonald’s dalam memeriahkan lagi bulan kemerdekaan ini.

Namun kali ini lebih menarik dan juga lebih dekat dengan jiwa Malaysia dimana McDonald’s dengan rasminya telah mengubah papan tanda nama bagi enam belas restoran pilihan rakyat Malaysia kepada nama ikonik mereka iaitu Mekdi. Kalau sebelum ni tahun lepas kita pernah tengok papan tanda ini dipasang di restoran pertama McDonald’s Malaysia iaitu Bukit Bintang kini ia telah merebak ke seluruh Malaysia.



Sebab sebelum ini kalau tengok ramai orang bergambar dan juga mengabadikan papan tanda Mekdi kat Bukit Bintang sahaja, tapi tahun ini ditambah menjadi enam belas restoran dengan papan tanda Mekdi dipasang melalui undian restoran pilihan rakyat Malaysia. Korang boleh kunjungi enam belas restoran Mekdi tersebut di lokasi seperti berikut :

1.McDonald’s Bukit Bintang
2.McDonald’s Titiwangsa
3.McDonald’s KLCC
4.McDonald’s Putrajaya, Presint 2
5.McDonald’s Kuala Selangor
6.McDonald’s Greenlane, Penang
7.McDonald’s Jln Gopeng, Ipoh, Perak
8.McDonald’s Stulang Laut, Johor
9.McDonald’s Kulai, Johor
10.McDonald’s Kuala Pilah, Negeri Sembilan
11.McDonald’s Taman Buaya, Malacca
12.McDonald’s Teluk Cempedak, Pahang
13.McDonald’s Kota Bahru, Kelantan
14.McDonald’s Kuala Terengganu, Terengganu
15.McDonald’s Kuching 1, Sarawak
16.McDonald’s Api-Api, Kota Kinabalu, Sabah

Menurut kata Puan Hajjah Melati Abdul Hai Naib Presiden dan Ketia Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia papan tanda ini akan dipasang di enam belas restoran Mekdi ini selama sambutan bulan kemerdekaan. Jadi pengunjung yang berada di seluruh Malaysia boleh bergambar dan juga memuat turun gambar bersama papan tanda Mekdi ini kerana ia akan diturunkan semula selepas sahaja tamat sambutan bulan kemerdekaan nanti. Majlis pelancaran papan tanda Mekdi telah diadakan baru-baru ini di Restoran McDonald’s Pandu Lalu Putrajaya.

Puan Hajjah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia



Selain daripada papan tanda baru, Mekdi juga memperkenalkan sentuhan baharu kepada Nasi Lemak McD yang cukup popular sekarang ini. Hidangan ini boleh dinikmati bersama dengan Rendang Ayam atau Spicy Chicken McDeluxe atau kepingan Grilled Chicken Burger (GCB). Kalau korang tanya Maha paling urhmm sekali mestilah Nasi Lemak dengan Rendang Ayam kombinasi terbaik dan meletop lah rasanya.



Harga untuk Nasi Lemak McD dengan seketul Rendang Ayam boleh didapati dengan harga RM16.99 bersama dengan Teh Ais Limau. Manakala harga bagi Nasi Lemak McD dengan Spicy Chicken McDeluxe atau kepingan Grilled Chicken Burger (GCB) bersama Teh Ais Limau harga RM14.99. Korang dah boleh nikmati semua ni bermula sekarang di semua restoran McDonald’s seluruh Malaysia. 



Tak habis kat situ sahaja, McDonald’s juga memperkenalkan set lengkap termasuk dengan pencuci mulut yang dekat dihati rakyat Malaysia iaitu McFlurry Cendol baharu dan aiskrim berperisa Cendol. Juga ada Pai Jagung untuk menambah lagi kepelbagaiaan juadah hebat sempena dengan bulan kemerdekaan ini. So korang tunggu apa lagi, boleh pergi selain bergambar dan juga boleh cuba menu baharu Mekdi ni pasti akan menjadi memori terindah di bulan kemerdekaan ini.


Walaupun banyak perniagaan terjejas kerana disebabkan oleh pandemik Covid-19, McDonald’s tetap masih teguh dan akan terus mengembangkan sayapnya dimana bakal membuka lebih banyak sehingga 450 restoran menjelang tahun 2025 nanti. Juga McDonald’s akan meneruskan pengembangan bakat dan kemahiran tenaga kerjanya dan akan menambah lagi seramai 10,000 tenaga kerja bagi memenuhi permintaan yang akan datang nanti.



Maha dah sempat bergambar dengan papan tanda Mekdi dan juga telah menikmati menu baharu mereka. Korang bila lagi jangan tunggu kerana ia bagi menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan dan cuti ni boleh bawa keluarga pergi ke restoran Mekdi. Nanti korang tinggal komen kat sini kalau dah cuba menu baru McDonald’s ni ok. Kalau upload gambar bersama papan tanda Mekdi tu tag lah Maha sekali hehehe. Selamat bercuti dan selamat menjamu selera semua.


#Mekdi 
#McDonaldsMalaysia 
#NasiLemakMcD





Promosi Ulang Tahun Pertama Di Restoran Eatz @ Hong Kong

$
0
0

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Maha tak pernah lagi sampai ker Hong Kong dan menikmati masakan asal mereka. Tapi sekarang ni kat Malaysia dah ada restoran yang menyajikan masakan asli sana iaitu Eatz @ Hong Kong. Tak silap Maha restoran ini mula beroperasi bulan September 2019 di Lower Ground Floor, The Garden Malls, Mid Valley City

Sempena dengan ulang tahun pertama mereka sejak mula beroperasi kini restoran ini menawarkan promosi Happy Anniversary Deal dengan harga RM36.80++ untuk dua orang. Di mana dalam set promo ini pelanggan dan peminat makanan Hong Kong boleh pilih 2 item utama dalam senarai Freshly Steamed & Healthy Set. Juga dalam set ini termasuk dengan 2 pinggan nasi putih serta 2 cawan Chinese Tea. Manakala setiap orang tambahan akan dikenakan bayaran masing-masing RM17.80 ++.



Ada 12 menu utama yang boleh dipilih di sini di antaranya adalah seperti Scallion Ginger Steamed Chicken, Scallion Ginger Steamed Fish, Spicy Black Bean Steamed Chicken, Spicy Black Bean Steamed Fish, Stir Fried Black Pepper Beef, Stir Fried Black Pepper Chicken, Stir Fried Spicy Black Bean Chicken, Steamed Beef Shimeiji Mushroom, Stir Fried Mixed Vege, Curry Mixed Vege, Omelette Mixed Vege dan Dumpling Soup. 


Korang tengok semua menu utama ni memang sangat sihat dan menggunakan cara masakan orang Hong Kong. Mereka kat sana memang suka makan cara macam ni jadi adakah kita orang Malaysia suka juga. Juga promo ini ada sekali dengan hidangan sampingan lain yang perlu Add-On dengan hanya harga RM6.80++ setip satu. Di antara menu sampingan yang korang boleh pilih seperti Mini Spring Roll, Fried Wantan, Swiss Sauce Drummets, Siew Mai dan juga ada Curry Fish Ball.

Stir Fried Spicy Black Bean Chicken

Omelette Mixed Vege

Steamed Beef Shimeiji Mushroom

Dumpling Soup

Dalam banyak-banyak yang ada dalam promo ini Maha dan cuba dan suka iaitu Stir Fried Spicy Black Bean Chicken dan juga telur Omelette mereka ni sangat besar saiznya. Korang boleh rasa sikit kepedasan dalam menu ni dan juga ada rasa masam-masam masin kerana ia ada menggunakan sedikit taucu dalamnya. Kalau yang telur tu pula mengandungi pelbagai sayur dalamnya iaitu kacang panjang, lobak merah dan juga jagung. Bila makan bersama dengan nasi putih ia akan melengkapi rasa kesedapannya.

Mini Spring Roll

Swiss Sauce Drummets

French Toast

Egg Tart

Promosi istimewa korang boleh oder setiap hari daripada hari Isnin hingga Ahad dari jam 3.00 petang hingga 10.00 malam sahaja. Ia adalah untuk makan malam kalau makan tengah hari ada menu yang asala di restoran ini. Promo ini juga telah bermula dari bulan August hari tu lagi hingga bulan September ini. 



Menambah getaran sambutana bulan hari jadi Restoran Eatz @ Hong Kong korang buat pembelian mana-mana Main Course atau Set Makan Tengahari atau Set Sepanjang Hari layak untuk mendapatkan Curry Chicken Pau atau HK BBQ Pau secara Percuma. Promo sah dari 24 Ogos dari 10 pagi - 6 petang, setiap hari, termasuk juga cuti umum. Tapi ingat ia ditawarkan selagi stok masih ada jadi kalau dah habis maafkan yer tunggu promosi akan datang. Maha dah cuba korang bila lagi. Selamat menjamu selera semua.

Promosi dan juga menu menarik di sini boleh layari :




RAF.PJ Mengumpulkan Makanan Terbaik Sekitar Petaling Jaya Di Bawah Satu Bumbung

$
0
0

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Kalau orang sebut sahaja Petaling Jaya makanan apa yang terbayang difikiran korang yang cukup popular di sana. Adakah Kuey Teow yang panas dalam satu pinggan, atau juga Ayam Goreng Kunyett yang penuh dengan daging ayam, atau juga Pisang Cheese yang meleleh bagaikan lava gunung berapi.

Sebenarnya banyak lagi makanan yang sedap-sedap dan juga menjadi tular berada di sekitar PJ ni. Tapi adakah kita ada masa untuk menikmati semua hidangan ni dalam masa satu hari. Mungkin juga kita nak habiskan masa berpusing cari parking untuk pergi setiap kedai makan yang sedap-sedap ni. Memang tak lah paling mudah kita mungkin pergi satu sahaja. 



Tapi sekarang tak perlu lagi kerana telah adanya RAF.PJ. Ia seolah bagaikan satu hub makanan yang mengumpulkan semua vendor dan juga outlet makanan enak-enak sekitar PJ ni di bawah satu bumbung. Maha tahu pasal tempat ni pun hari tu mereka ada buat majlis pembukaan rasmi lokasi ini yang terletak di No23 Jalan SS5A/11 Petaling Jaya. Kalau korang ada nampak macam extension sebelah restoran The Fennel itu lah di tempatnya. 




Maha masuk ia lebih kurang macam konsep food court jugalah dimana disedikan gerai khas untuk vendor-vendor makanan ni meniaga di sini mengikut waktu dan kesesuaian mereka. Kat sini segala kemudahan di sediakan seperti kawasan yang luas, meja makan yang banyak dan juga lebih kepada kawasan terbuka. Tapi kalau korang nak duduk bahagian berhawa dingin boleh juga masuk dalam restoran The Fennel dan order minuman di situ manakala makanan boleh order kat gerai di luarnya.




Setakat ini adalah lebih kurang 20 vendor makanan yang telah beroperasi di sini mengikut waktu yang ditetapkan. Sebab kat sini ada dua sesi jualan iaitu dari pukul 7.00 pagi untuk sarapan pagi sehingga 4.00 petang untuk makan petang. Manakala sesi kedua pula dari pukul 5.00 petang sehingga pukul 12.00 tengah malam untuk korang yang suka lepak-lepak santai-santai sambil sembang-sembang lewat malam. 

Di antara outlet atau vendor makanan yang ada di sini yang sempat Maha cuba dan juga nikmati adalah:

1) ShoShedap On The Go



Ini adalah pemilik instafamous atau yotuber terkenal iaitu Ashhryyyyy. Kat sini mereka ada menyediakan juadah ayam goreng salted egg. Ada empat jenis yang popular di sini iaitu Salted Egg Spicy, Cheezy Salted Egg, Korean Spicy Yangnyeom dan Korean Spicy Curry BBQ. Nak tahu lebih boleh follow IG mereka @ShoShedapOnTheGo atau @ShoShedap.

2) The Gorpis



Ini pula ada gerai Pisang Goreng Cheese dan juga ada chocolat di atasnya. Korang boleh tengok goreng pisang ni dah tak nampak penuh dengan cheese di atasnya. Topping tu korang boleh pilih nak yang Cheese, Chocolate, Oreo, Caramel dan banyak lagi. Korang boleh follow kat IG mereka @TheGorpis

3) Sate Barokah Ibu Nur





Bagi yang suka makan sate style Madura kat sini RAF.PJ ni pun ada yang popular dan tak asing lagi iaitu Sate Barokan Ibu Nur. Ada pelbagai jenis sate kat sini seperti Sate Ayam, Sate Lembu, Sate Kambing dan juga Sate Bebek (Itik). Juga mereke menyediakan makanan popular dari negara jiran iaitu Bakso. Korang boleh datang sini dan follow IG mereka @satebarokah_ibunur.

4) Marvelous Ayam Goreng Kunyett



Siapa suka nasi dengan ayam goreng kunyett kat sini pun ada. Sesuai untuk makan tengahari atau makan malam. Bukan sahaja ayam goreng kunyit ada juga daging goreng kunyit dan juga sotong goreng kunyit. Tengok tu mereka tak kedekut nak isi bahan tu makan dengan kicap pulak terangkat panas-panas. Boleh pergi kat IG mereka @marvelousayamgorengkunyett.

5) Otak-Otak Petaling Jaya



Ini pula makanan yang popular daripada pantai timur iaitu otak-otak dan juga sata. Maha memang suka giler makan ni time panas-panas baru lepas bakar dengan aroma daun kelapa lak perhh best. Sekarang tak perlu nak pergi jauh kat sini pun dah ada. Mereka siap bakarkan korang hanya makan sahaja. Boleh follow IG mereka @otakotakpetalingjaya.

6) BAAM Nasi Dagang KJ 




Pecinta Nadi Dagang kat sini pun ada yang dibawa khas dari negeri Terengganu. Nasi Dagang kat sini semua ada kuah kari ikan tongkol dan juga acar sayur bersama dengan nasi yang lembut dan harum. Kat sini juga mereka ada jual keropok lekor jadi boleh buat makan kudap-kudap waktu petang. Follow IG mereka @baamnasidagangkj.

7) Pak Daud Kuey Teow KJ



Kuey Teow yang popular ni pun ada kat sini. Gerai kuey teow ni buka dari pagi sampai malam jadi boleh lah makan puas-puas. Dalam kuey teow mereka tak kedekut dengan udang dan juga bahan lain memang menarik kena cuba. Korang follow lah IG mereka @pakdaud.kteow.kj.

8) The Fennel




Restoran The Fennel ada sebelah dan satu tapak dengan RAF.PJ. Restoran ni menyajikan makanan barat. Kalau korang nak cuba macam chicken chop, steak, pasta, spaghetti, dessert seperti kek, roti dan juga macam-macam lagi boleh mai sini. Minuman kat sini pun semua sedap-sedap dan menyegarkan korang boleh order macam MilkShake. Coffee, Tea dan juga macam-macam lagi lah. Restoran ni sediakan ruang makan berhawa dingin sepenuhnya. Nak tahu lanjut boleh follow IG mereka @TheFennels


Sebenarnya ada banyak lagi gerai tapi tak dapat nak senaraikan semua dan yang ni sahaja sempat Maha dan kawan-kawan cuba masa datang makan hari tu kat sini. Tempat ni sangat menarik dimana ia mengekalkan konsep mengeratkan silatulrahim untuk korang buat pertemuan dengan kawan-kawan dan lepak sambil makan dan minum. Walaupun datang makan dan minum SOP tetap di utamakan di sini. Korang yang nak datang mesti kena pakai mask dan juga membuat pengujian suhu pada pintu masuk. Juga kena ada penjarakan fizikal. 


Maha sangat rekmen kepada orang yang nak datang satu tempat tapi ada banyak pilihan makanan yang pelbagai. Suasana pun santai dan juga relax sahaja tapi sedikit padat pada satu-satu masa. Jangan risau mereka tetap akan melayan anda. Harga makan sini juga mampu beli silap-silap semua korang nak cuba hehehe. Selamat menjamu selera semua. 

Dapatkan maklumat lanjut RAF.PJ di laman sosial:
Lokasi : No 23, Jalan SS5A/11, Petaling Jaya






Blueberry Washington Segar vs Blueberry Beku Yang Mana Lebih Baik

$
0
0

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Kalau korang ada buah blueberry apa yang korang akan buat kepada buat tersebut adakah dimakan segar begitu sahaja atau dijadikan produk lain seperti jem, tart atau sebagainya. Kalau Maha buah import ini selalu tidak makan begitu sahaja mungkin Maha akan letakkan sebagai hiasan di atas kek atau juga dalam makanan tambahan penyedap rasa pada oat dan minuman smoothies.



Maha selalu beli adalah buah Blueberry Washington yang banyak ditanam di Washington State, Amerika Syarikat. Ia adalah antara daerah pengeluar buah blueberry terbesar di Amerika Syarikat. Sekarang buah blueberry ni ada banyak dijual dipasaran Malaysia sama ada dalam bentuk segar atau juga sejuk beku. Ini kerana buah Blueberry Washington dihasilkan pada musim panas sahaja maka mereka juga membekukan buah ini untuk dapat dinikmati sepanjang masa sepanjang tahun.

Blueberry Segar vs Blueberry Beku

Mungkin korang tertanya apa perbezaan antara Blueberry Washington segar atau juga blueberry yang beku. Sebanarnya mana-mana sahaja yang korang ambil waima ia blueberry segara atau beku khasiat tetap masih sama. Penyelidikan menunjukkan bahawa korang yang memakan blueberry beku dapat peningkatan antioksidan tambahan jika ia dimakan dalam masa 3 bulan dari tempoh pembekuannya. 



Penyelidikan di South Dakota State University ada menunjukkan bahawa blueberry beku menjadikan antioksidan didalamnya bertambah kuat. Ini kerana anthocyanin iaitu sebatian antioksidan terdapat pada kulit buah blueberry yang berwarna biru. Apabila buah ini beku, kristal ais kecil mengganggu struktur sel yang seterusnya memudahkan sistem badan manusia mengakses antosianin yang terdapat di dalam kulit buah blueberry ini.



Hebat tak Maha wakakaka ini semua hasil pembacaan dan pencarian yang Maha buat di internet terhadap buah blueberry ini. Sebab Maha suka makan buah ini. Selain tu juga, buah ini ada banyak khasiat seperti mana yang di nyatakan oleh pakar Dietitian, Ms Indra Balaratnam. Menurut beliau satu cawan Blueberry Washington hanya mempunyai 80 kalori dalam setiap hidangan dan ia sangat rendah lemak serta natrium.



Blueberry Washington mempunyai fitonutrien yang disebut polifenol. Kumpulan ini merangkumi antosianin, yang merupakan sebatian yang memberikan warna biru kepada kulit blueberry. Jadi sebab itu banyak pakar kulinari lebih gemar menggunakan warna asal dari kulit buah blueberry ini dalam semua jenis masakan dan makanan mereka. Selain khasiat ia juga adalah warna yang semulajadi. 



Dalam Blueberry Washington ia mengandungi Vitamin C diperlukan untuk pertumbuhan dan pengembangan tisu dan mendorong penyembuhan luka. Kemudian ia juga mengandungi Mangnasia membantu tubuh memproses kolesterol dan nutrien seperti karbohidrat dan protein. Ia juga adalah sumber serat makanan yang baik untuk tubuh. 1 cawan blueberry memberikan 3.6 gram serat. Ia Serat makanan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan menambahkan sebahagian besar makanan selera makan korang.

Resipi Sihat Dengan Menggunakan Blueberry Washington

Macam Maha bagi tahu sebelum ni kalau korang tak boleh nak makan buah blueberry segar macam tu sahaja korang boleh hasilkan beberapa resipi makanan yang sihat yang korang boleh gunakkan. Kat sini Maha nak kongsikan dua resipi yang di ajar oleh pakar nutrisi untuk korang sama-sama dapat kebaikan blueberry ni. 

Resipi pertama WASHINGTON BLUEBERRY REHYDRATOR
Serves: 1 person

 


Bahan-bahan:
½ cawan blueberry Washington beku
250 ml air kelapa
1 pisang beku kecil atau ½ pisang beku besar

 

Kaedah penyediaan:
• Masukkan semua bahan ke dalam pengisar smoothie
• Kisar hingga rata
• Hidangkan sejuk

 

Analisis Nutrien (setiap hidangan):
Kalori: 160
Protein: 3g
Jumlah lemak: 1 g
Lemak tepu: 0g
Karbohidrat: 38g
Serat makanan: 7g
Kolesterol: 0mg
Natrium: 254 mg
Vitamin C: 20mg
Vitamin A: 92 IU
Kalsium: 66mg
Besi: 1.1mg


Resipi kedua pua adalah WASHINGTON BLUEBERRIES WHOLEWHEAT WAFFLES
Serve: 6 standard-size rectangular waffles

 


Bahan-bahan:
1 cawan Blueberry Washington beku
1 ½ cawan tepung atta (tepung gandum)
3 sudu teh serbuk penaik
½ garam teh
340 ml susu rendah lemak
2 biji telur - dipukul rata
3 sudu besar minyak masak sayur
2 sudu besar kacang almond

 

Kaedah penyediaan:
• Masukkan telur yang telah dipukul, susu rendah lemak dan minyak sayuran ke dalam mangkuk besar dan gaul rata.
• Dalam mangkuk lain, campurkan tepung atta (tepung gandum utuh), serbuk penaik dan garam.
• Lipat campuran tepung atta ke dalam campuran telur hingga digabungkan menjadi adunan halus.
• Campurkan kacang almond
• Kacau perlahan-lahan dalam 1 cawan blueberry beku. (Petua: Jangan terlalu banyak memasukkan blueberry ke dalam adunan, sebaliknya blueberry akan tumbuk)
• Ikuti arahan pemanasan pada pembuat wafel anda.
• Tuang adunan secukupnya ke dalam besi wafel yang telah dipanaskan hingga masak hingga kekuningan.

Analisis nutrien (setiap wafel segi empat tepat):
Kalori: 238
Protein: 8g
Jumlah lemak: 11g
Lemak tepu: 2g
Karbohidrat: 29g
Serat makanan: 4g
Kolesterol: 59mg
Natrium: 244mg
Vitamin C: 1mg
Vitamin A: 200 IU
Kalsium: 201mg
Zat besi: 2mg

 

Selain itu juga buah blueberry ini memang cukup popular di negara asalnya kerana ia boleh dinikmati dalam pelbagai cara mereka sendiri. Korang boleh tambahkan blueberry ini dalam minuman, roti, kek dan juga smoothie. Ada juga mereka menggunakan buah blueberry ini untuk  memasak sos dalam makanan utama atau sebagai perapan daging tanpa lemak. Ada juga yang membuat ramuan tambahan dalam bebola daging dan roti burger buatan sendiri. Ini membantu mengurangkan penggunaan banyak daging dalam resipi tersebut. 





Apa lagi cara yang korang gunakan untuk nikmati buah Blueberry Washington ni selain daripada makan segar. Boleh korang kongsikan kat sini mana tahu nanti ia dapat memberikan idea kepada orang lain yang membacanya. Maha mungkin akan letak dalam minuman sebagai perasa dan juga pewarna kerana ia memberikan warna biru yang gelap.








Ombak Kitchen Restoran Makanan Laut Terbaik Di Bangsar Kuala Lumpur

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Untunglah orang Bangsar kerana dah ada restoran makanan laut yang bukan sahaja berkualiti malah juga Halal. Sebab sekarang ni kat sana dan ada Restoran Ombak Kitchen. Siapa tak kenal restoran yang menyajikan makanan laut segar dari pantai terus ke meja korang. Konsep makanan laut yang terkenal ianya berasal dari negeri Louisiana, AS kini di Malaysia. 



Maha beruntung kerana dapat mencuba makanan kat sini dengan makanan laut yang sedap dan pelbagai jenis. Sebelum ni ada restoran pertama mereka di Bukit Jelutong dan Bangsar ada restoran kedua mereka. Kalau korang rasa nak cuba makanan laut tahap Premium seperti Alaskan King Crab, Lobster Merah Kanada, XL Live Premium USA Oyster dan XL Live Mud Crab semua ada di sini. Ada berani tak nak cuba semua ni hehehehe.





Hari tu masa Maha datang cuba makanan kat sini kami dihidangkan dengan Premium Combo. Kat sini ada lebih kurang 8 set kombo ni mengikut pada bajet dan juga kesukaan korang. Macam biasa hidangan korang akan dituangkan keatas meja mengikut mana yang korang dah pilih. Cara nak makan kat sini tiada undang-undang khas dan korang boleh makan ikut macam mana cara yang korang nak. Cuma kat sini mereka lebih mengamalkan makan menggunakan tangan.




Jangan risau kat sini mereka sediakan korang sarung tangan pada yang tak biasa makan dengan tangan kotor dan juga disediakan plastic apron untuk elak daripada pakai korang juga turut terkotor. Almaklumlah dah makan makanan laut memang pakai tangan bersepah lah jadinya hehehe. Ditambah pulak sos yang ada pada makanan tu membuatkan ia lebih berselera. Kat sini popular dengan Ombak Crazy Cajun Sauce kalau siapa nak yang agak pedas sikit. Kalau tak korang boleh pilih yang Cheezy Zesty Lemon.





Selain itu juga ada sos lain yang korang boleh pilih seperti Buttermilk Curry, Creamy Tomyam, Peranakan Seri Nyonya dan Apple Cilantro Sauce. Satu set tu ada yang boleh makan untuk 2 pax hingga ke 6 pax ikut pada bajet tadi lah. Set kombo ni boleh ditambah makanan laut premium tadi dan harga tak silap Maha mengikut harga pasaran. 



Selain daripada makan cajun atas meja ni ada juga beberapa lagi menu ala-cart yang ada boleh cuba juga. Maha diberikan hari tu Cheese Fresh Baked Oyster yang ni Maha boleh makan bila oyster dimasak dan bukan yang mentah. Kalau yang suka lobster boleh order special ni Lobster Thermidor Cheese Sauce. Besar saiz lobster ni bukan kaleng-kaleng tau memang makan bukan kenyang. 


Restoran Ombak Kitchen Bangsar ni juga dikenali sebagai restoran terbaik untuk sambutan Hari Lahir. Korang boleh meraikan ulang tahun dengan pakej ulang tahun yang hebat. Jadi tak perlu nak fikir makanan dan tempat serta dekorasi mereka akan sediakan hanya perlu jemput kawan-kawan jer untuk memeriahkan majlis. Teringin nak buat birthday kat sini juga siapa nak belanja hehehe.




Selain itu juga restoran ini memperkenalkan kepada korang 'Ombak Kitchen Signature Art of Dessert'iaitu konsep baru dalam seni pencuci mulut yang menampilkan buah tempatan dan antarabangsa. Makanan pencuci mulut ini boleh diambil untuk apa sahaja majlis gembira termasuk untuk Sambutan Hari Lahir, hari bahagia dan juga apa sahaja acara yang korang nak. Chef mereka ada kepakaran dalam membuat dessert ini dengan dekorasi menarik. 



Restoran ini beroperasi setiap hari dari jam 12.00 tengahari hingga 10.00 malam. Jadi korang boleh lah datang untuk makan tengahari dan juga makan malam kat sini bila-bila masa. Nanti kalau korang dah cuba makanan kat sini boleh tinggal komen dan pendapatkan korang ok. Maha dan cuba korang bila pula selamat menjamu selera. 

Sebarang tempahan atau juga pertanyaan tentang promosi ni boleh hubungi mereka:
Tel : 6010-216 5946
Alamat : No 12, Lorong Ara Kiri 2
               Lucky Garden 59100 Kuala Lumpur 







Cenderamata Khas Sempena Acara Sukan Boleh Tempah Di Printcious

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Kalau korang pernah tengok dalam mana-mana acara dan juga aktiviti sukan mereka suka buat macam tshirt design sendiri, pastu ada topi, lanyard, juga ada macam-macam lagi lah sebagai cenderamata. Kenang-kenangan dan juga tanda bahawa korang pernah join aktiviti tersebutkan.


Mungkin masih tertanya-tanya kat mana nak buat tempahan semua itu. Maha dah buat tempahan beberapa barang untuk peribadi sendiri kat Printcious.com. Sebab apa Maha suka buat tempahan kat sini kerana mereka sediakan platform online yang sangat mudah untuk kita buat rekaan sendiri pada barang yang kita nak. Mereka juga sediakan pekhidmatan untuk buat tempahan banyak bagi acara-acara yang korang nak anjurkan tu. 



Lepas sahaja kita dah pilih barang apa kita nak lepas tu kita buat pulak rekaan apa yang kita nak print dan hantar pada mereka secara online sahaja. Lepas tu kita buat bayaran secara dalam talian dan tunggu lah barang kita sampai mereka akan post terus ke rumah sangat mudah. Macam yang Maha dah buat ni iaitu topi dan juga sport flasks. Sesuai untuk siapa yang ada merancang nak buat program outdoor aktiviti dan juga program sukan.



Jadi tempah kat sini dalam kuantiti yang banyak dan nanti akan mereka hantar pada kita. Topi ni mereka ada design sendiri dan juga design yang kita nak print pun boleh juga. Ada macam-macam warna yang Maha pilih ni hitam putih lah. Begitu juga dengan sport flasks iaitu botol air. Selalu orang bawa pergi joging atau juga riadah luar rumah untuk bekal minuman sebab dalamnya ada straw sekali tau. Ada macam-macam warna dan juga design korang boleh buat.



Selain itu juga, Maha hari tu ada tempah sekali bantal sebab nak buat bantal khas untuk letak kat ruang tamu. Tengok bantal atau kusyen ni sangat sesuai letak kat sofa depan ruang tamu atau juga nak exclusive letak atas katil. Comel jer kan ada wajah korang atau orang tersayang ker nak letak pun boleh buat peneman tidur hehehe. Design kusyen ni boleh letak depan belakang ikut korang.


Last sekali Maha order iaitu Puzzles ni ada macam-macam saiz dan juga bentuk. Kalau korang tengok kat laman web mereka ada yang bentuk segi empat tepat dan juga ada yang bentuk love. Korang boleh letak design yang korang nak atas tu nanti mereka print seperti bentuk puzzles. Kalau korang nak framekan pun boleh menarik sangat. Jadi siapa ada plan untuk buat acara atau juga nak buat cenderamata pergi layari printcious.com ni. Buat untuk kuantiti sikit boleh banyak pun boleh juga. Terpulang pada korang lah. Makin banyak print makin dapat harga yang berbaloi. 

Tempahan atau juga pertanyaan lanjut boleh layari :






realme Membuka Kedai Terbaru Lebih Besar Juga Pusat Service Di Sunway Pyramid

$
0
0

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada kawan-kawan sekalian. Siapa sini pengguna telefon realme? Korang tahu tak yang realme adalah jenama telefon pintar ketujuh di dunia dan diiktiraf sebagai salah satu jenama telefon pintar arus perdana menurut statistik penghantaran telefon pintar Global Counterpoint pada Q3 2019. Jenama ini sangat cepat berkembang bukan sahaja dari segi teknologi dan juga penerimaan penggunanya yang makin banyak seluruh dunia.


Jadi untuk memenuhi kehendak dan juga perkembangan ini maka realme Malaysia telah membuka satu lagi kedai pengalaman baru di Lot F1.45, Level F, Sunway Pyramid. Majlis perasmian pembukaan yang penuh meriah dan juga keseronokkan telah diadakan pada 18 September 2020 Sabtu yang lepas. Maha antara pengunjung yang bertuah dapat menjadi pelawat terawal untuk outlet baru ini.



Kedai realme di sini juga bukan sahaja kedai untuk menjual telefon dan juga aksesori tetapi ia juga menyediakan pusat servicenya tersendiri. Masa Maha pergi tu kat sini korang boleh dapatkan juga semua jenis eksesori seperti realme Buds Air, realme Buds Q, realme Powerbank 2, realme Band dan banyak lagi. Ramai orang suka Buds Air sebab tak perlu wayar dan juga charging dengan pantas. 




Selain itu juga ada juga barangan lain kat sini seperti realme Adventurer Language, realme Adventurer Backpack, T-shirt dan banyak lagi lah. Edisi terhad hanya kat kedai realme sahaja. Maha pun sempat lah rembat satu realme Collaboration Backpack jangan jelous ok harga asal RM199 tau. Hari pembukaan tu ada promo dan memang berbaloi pergi.





Terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan semasa pembukaan kedai tersebut pada hari tu untuk dinikmati peminat dan pembeli. Setiap pengunjung yang menyertai Cabaran Kecergasan, Cabutan Bertuah Super Check In dan CLAW, korang berpeluang memenangi hadiah menarik seperti realme X3 SuperZoom, realme Band, realme Buds Air, realme Power Bank dan realme Luggage. Terdapat juga promosi Pembelian Dengan Pembelian 50% (PWP) pada produk realme terpilih dan juga diskaun sehingga 20% untuk rangkaian produk AIoT pada hari pembukaan tu sahaja.






Bagi korang yang menjadi pengguna realme atau yang baru nak menjadi pengguna produk realme boleh dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai acara dan promosi di laman Facebookdan juga Instagram di @realmemalaysia. Follow sahaja mesti tak akan ketinggalan. Jadi lepas ni lebih dekatlah warga Sunway dan Subang untuk dapatkan khidmat realme secara exclusive. Terbaik lah tahniah buat realme Malaysia. 





realme 7 Series Has Officially Landed In Malaysia

$
0
0

realme Malaysia today has launched two of its latest smartphones in their Number Series, realme 7 Pro and realme 7. realme’s Number Series is well-known for its charging technology, camera features as well as trendy design. Malaysians can now capture sharper and charge faster with the functions equipped in the new realme 7 Series.

“Here at realme Malaysia, we believe in continuously improving and innovating products to take users' experience to the next level. We’ve decided to ramp up the specs with a stronger camera and boost its performance for realme 7 Series users to experience the leap forward technology. We would also like to thank Malaysians for being patient while waiting for the arrival of realme 7 Series to the market,” said Tiffany Teh, Brand Manager of realme Malaysia.

realme 7 Pro

Battery

The device comes with a huge upgrade of 65W SuperDart Charge for an unparalleled charging experience. It can power up to 100% within 34 mins for its 4500mAh massive battery while keeping the phone cool below 40 degree celsius of charging temperature. Even while heavy gaming, the 65W SuperDart Charge can charge up to 43% in just 30 minutes. 

Camera

Both realme 7 Pro and realme 7 feature the 2nd generation of 64MP quad-camera system with a new Sony IMX682 sensor to enhance users’ satisfaction in capturing sharper images. The realme 7 Pro focuses on its Ultra Nightscape Video as well as Pro Nightscape mode that enables users to freely adjust the shutter, ISO, white balance, and other parameters. On the front of realme 7 Pro, there is a 32MP high-resolution selfie camera which is the highest pixel for the front camera right now. 

Apart from that, both realme 7 Pro and realme 7 are equipped with mind-blowing features such as Starry Mode, Ultra-Nightscape Video, Night Filters, AI Colour Portrait Video, UIS on primary camera and UIS Max on wide angle lens. Users who are interested in night photography could explore more possibilities in their night filters for better clarity and artistic inspiration. 

Display & Performance

realme 7 Pro is built with a 6.4 inch Super AMOLED Display and 98% NTSC colour gamut for a better immersive visual experience, better image quality and brighter colours. On the back, the unique aesthetic of AG Split Design presents the asymmetry perfectly in a visually harmonious and balanced way. realme 7 Pro is available in two beautiful colours of Mirror Silver and Mirror Blue that are inspired by the mirror space.

In terms of processors, the realme 7 Pro is driven by the powerful Snapdragon 720G. It applies an advanced 8nm production processor that clocks up to 2.3GHz high-frequency Kryo 465 CPU which 

comes with a powerful Adreno 618 GPU. This enables the device to stand out in performance and efficiency by delivering a seamless gaming experience with high image quality. 

Audio & Fingerprint

realme collaborated with Dolby Atmos and adopted a dual-speakers Dolby Atmos Sound Effect as well as Hi-Res Sound Quality for users to immerse in awesome listening experiences on realme 7 Pro. realme 7 Pro is also equipped with Goodix's new generation of light sensor in-display fingerprint modules that greatly improve the monitoring and identification speed, accuracy as well as safety performance.

Both realme 7 Pro and realme 7 features three card slots, a dual SIM slot, and a dedicated SD card slot which is expandable up to 256GB,  hence users will never have to worry about running out of space while storing images, videos or files.




realme 7

Battery & Performance

realme 7 is equipped with a 5000 mAh large battery capacity and the latest 30W Dart Charge. In terms of charging speed, it can be charged to 50% in just 26 minutes, and fully-charged in 65 minutes. 

As for the realme 7, it comes with MediaTek Helio G95 Gaming Processor for Malaysian users to indulge in a smooth experience in both performance and gaming. It is also equipped with cutting-edge superb carbon fiber cooling systems that can cool up to 8.6% while keeping the phone's performance up to speed.

Camera & Display

realme 7 is also built with the 2nd generation 64MP quad-camera system with a new Sony IMX682 sensor where it enhances users’ satisfaction in capturing sharper images. realme 7’s 16MP Ultra-clear front camera satisfies users in taking selfies that show natural and delicate skin.

The device is equipped with a 6.5 inch 90Hz Ultra Smooth Display to provide the smoothest experience in the segment and sampling rate of the display is 120Hz. The back cover of realme 7 Series also features AG Split Design processing with classic CD textures makes the phone look more premium. There are two surreal colours available for realme 7, which are the Mist White and Mist Blue.


Product Availability



TÜV Rheinland Smartphone Reliability Verification

realme 7 Pro and realme 7 are among the top smartphones that passed TÜV Rheinland Smartphone Reliability Verification with its new reliability standard making realme smartphones not only better to use, but also more durable for fans to enjoy the pleasure brought by the leap-forward technology and trendsetting design.

To find out more about realme’s events and promotions, do follow our Facebook page as well as Instagram at @realmemalaysia.








Menu Istimewa Sempena Dengan Sambutan Deepavali Di Chicken Rice Shop

$
0
0

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Maha sebenarnya suka makan kat The Chicken Rice Shop (TCRS) bukan sahaja kerana sekadar Nasi Ayamnya tapi juga restoran ni tak pernah tak ada promo hebat sepena dengan musim perayaan. Tak kiralah perayaan apa yang disambut di Malaysia ni. Sekarang ni dekat dengan perayaan Deepavali restoran ni sediakan sesuatu buat pelanggan setia mereka.


Sekarang ni korang boleh nikmati Flaming Koli yang lazat dan istimewa. Ia satu hidangan ayam untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang. Berinspirasikan masakan India yang kaya dengan aroma, TCRS dengan telitinya mencipta menu eksklusif ini khas buat perayaan Deepavali. Hidangan Flaming Koli diperbuat dengan menyatukan rempah asli masakan India yang meningkatkan lagi selera rakyat Malaysia - cuba sekali, pasti nak lagi!



Maha cerita ni sebab Maha sendiri dah pergi cuba menu baru ini kat restoran TCRS ni. Bagi pandangan Maha ia adalah satu rasa ayam yang lain daripada lain dan tidak boleh didapati dimana-mana restoran atau kedai makan. Rempah ratus yang digunakan susah Maha nak teka tapi ia tetap kena dengan selera Maha orang Melayu. Cuma sedikit pedas bagi Maha dan ia tak sesuai untuk kanak-kanak kot. Tapi orang Malaysia suka yang pedas selagi tak pedas selagi tu akan ditambah kepedasanyakan.



Ayam Flaming Koli ini ia datang dalam pelbagai set ada untuk makan seorang, ada juga untuk pasangan berdua, serta juga ada set untuk keluarga sederhana besar iaitu empat orang. Hari tu Maha makan set untuk satu orang tu pun dah cukup kenyang kerana dalam set tu ada dua ketul ayam bahagian paha dan dada, juga ada sekali sayur Pak Choy with Oyster Sauce, 1 mangkuk sup dan juga satu pinggan nasi ayam. 



Bagi Maha cara untuk nikmati hidangan istimewa ini adalah korang boleh makan dengan nasi ayam bersama sup sudah cukup. Tak perlu nak tambah sambal yang mereka sediakan kerana korang dapat rasa kepedasan daripada rempah ratus ayam tu sendiri cukup mengancam. Cumu bagi Maha kena sediakan air sejuk sekali sebab memang akan makan sambil minum air pedas giler lah. 


Minuman juga ada promo istimewa sekarang ni mereka sediakan minuman baru iaitu Tropical Twist atau Beery Jelly Fizz. Cuma minuman ni korang kena tambah sikit lah harganya. Hari tu Maha makan tak cukup satu pinggan nasi tau sebab ayam tu ada dua ketul jadi Maha tambah lagi sepinggan nasi baru puas makan habis semua. Siap Maha gigit lagi bahagian tulang ayam tu kerana rempah ratus tu meresap dalam setiap sudut daging dan tulang ayam, jadi rugi kalau korang tak habiskan membazir hehehe.



Cuma Maha nak ingatkan yang promo Flaming Koli ini hanya untuk masa terhad iaitu bermula dari 21 September 2020  hingga 15 November 2020 sahaja. Masi sempat lagi ni banyak masa korang nak cuba dan rasai kepedasan ayam baru dari TCRS ni. Maha tak tipu korang akan puas hati makan memang kalau boleh siap bungkus bawa balik hehehehe. Itu sebabnya Maha suka pilih untuk makan tengahari atau malam kat TCRS ni kerana sentiasa ada yang baru bukan sekadar Nasi Ayam sahaja tau. Selamat mencuba dan juga selamat menjamu selera lah pada semua ok.

Maklumat lanjut mengenai menu Deepavali atau promosi lain boleh layari :








Jemputan Untuk Artis Berbakat: Tempa Nama Dengan Menghasilkan Karya Warisan Budaya Malaysia

$
0
0

Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas kembali lagi buat tahun yang ke-21 dan barisan artis baharu di Malaysia dijemput untuk meraikan kekayaan sejarah budaya negara melalui karya seni.


Pertandingan tahunan ini dianjurkan oleh Kumpulan Usaha Tegas, sebuah syarikat pelaburan milik ahli perniagaan terkemuka di Malaysia, Encik T. Ananda Krishnan. Kumpulan Usaha Tegas mempunyai kepentingan di dalam pelbagai syarikat tempatan dan antarabangsa yang beroperasi dalam beberapa industri termasuk telekomunikasi, media, hartanah, serta minyak & gas.

Sejajar dengan sokongan Kumpulan Usaha Tegas terhadap bidang seni, pertandingan yang dianjurkan sejak tahun 2001 ini telah membantu ramai pelajar kreatif menelusuri kerjaya seni yang cemerlang, sekaligus mewarnai industri seni Malaysia melalui sumbangan bakat mereka.


Dengan tema utama tahun ini ‘Warisan Malaysia’, para peserta digalakkan untuk meraih inspirasi daripada warisan tidak ketara negara kita.

Pertandingan ini turut menyedari kesan pandemik COVID-19 terhadap negara kita, termasuk kawalan pergerakan dan pembatasan interaksi orang ramai, yang secara tidak langsung telah memberi peluang untuk kita menghargai keindahan dalam kesederhanaan kehidupan seharian. Kesedaran ini telah mendorong pertandingan tahun ini untuk menyoroti aspek warisan yang mungkin sering dipandang remeh.


Warisan budaya tidak ketara merangkumi tradisi lisan, persembahan kesenian, amalan adat dan sosial serta bahan atau alatan kebudayaan. Para peserta digalakkan untuk memberi olahan seni daripada lagenda, tarian rakyat, ritual dan kraftangan negara kita yang tiada tandingnya.

Bakat-bakat seni muda Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi dijemput untuk menyertai pertandingan ini dan merebut berpeluang untuk memenangi wang tunai dan hadiah berjumlah sehingga RM82,000.


Pemenang tempat pertama untuk setiap kategori akan memenangi wang tunai berjumlah RM8000, naib juara RM3000, pemenang tempat ketiga RM2000. Manakala dua pemenang hadiah saguhati masing-masing akan menerima wang berjumlah RM500. Tidak kurang dari itu, semua pemenang akan turut memenangi sijil penghargaan dan baucar TGV Cinemas bernilai RM500 atau setaraf dengannya, berserta katalog pemenang.

Pelajar yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh menghantar penyertaan mereka sehingga 15 Oktober 2020. Peserta boleh menghantar seberapa banyak hasil seni yang ingin ditandingkan. Karya yang dihasilkan perlulah terdiri daripada salah satu kategori berikut: minyak atau akrilik, cat air, arang, pensel atau dakwat, seni cetakan serta media campuran.


Para pelajar boleh mendaftarkan penyertaan di tiny.cc/UTH2020 atau menghubungi Jawatankuasa Usaha Tegas Heritage untuk maklumat lanjut seperti yang tertera:

Alamat Emel:  utheritage@ut.com.my

Nombor Telefon:  03 2380 6688 (Ranjina/Faridah)

Instagram: @heritageartcompetition








Kontiki @ The Faderal Bukit Bintang Membawakan Tiki Weekend Hi-Tea Dan Tiki BBQ Seafood Dinner

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Dalam proses normal baharu ini memang agak sukar lah untuk kita membuat aktiviti hari bukan seperti biasa. Kalau sebelum ni orang keluar jalan pakai mask kita dah syak sebagi seorang penjenayah atau juga orang sakit. Tapi sekarang dah terbalik orang yang sihat semua kena pakai mask dan siapa tak pakai mask kena denda tau. Diharap semua ini hanya untuk sementara sahajalah dan kita terus dijauhkan daripada pendamik yang makin hari makin mengganas ni.



Sebab tu di tempat makan seperti buffet atau juga hotel ada SOP mereka sendiri bagi memastikan pelanggan terus terhindar daripada sakit. Begitu juga yang diamalkan di Restoran Kontiki @ The Faderal Bukit Bintang yang Maha pergi baru-baru ini. Mereka bukan sahaja mewajibkan semua pelanggan pakai mask dan juga membuat pemeriksaan suhu serta juga cuci tangan dengan hand sanitizer. Malah semua makanan yang dihidangkan di sini juga tidak benar disentuh oleh pelanggan. 






Pelanggan hanya perlu bagi arahan kepada petugas yang ada di meja buffet tu untuk mengambil makanan dan juga menyediakan makanan untuk anda. Ini juga dalam masa sama dapat menjaga kebersihan dan juga kualiti makanan yang dihidangkan. Selain itu juga restoran mereka mengamalkan penjarakkan fizikal dimana jumlah meja dan kerusi dikurangkan demi mematuhi SOP yang ditetapkan oleh KKM. Itu yang Maha rasai bila makan buffet kat sini satu yang baru dan kita kena biasakan. Sekarang ni Kontiki menyediakan dua buffet istimewa kepada pelanggan dan tetamu mereka.

Tiki Weekend Hi-Tea


Bufet ini adalah untuk hujung minggu iaitu hari Sabtu dan Ahad sahaja. Korang boleh bawa keluarga dan ajak rakan-rakan hujung minggu untuk chill out bersama-sama. Masa untuk makan kat luar dah puas masak kat rumah sekali sekala nak rasa juga makanan betaraf hotelkan. Bufet hi-tea ini ada lebih daripada 100 variasi makanan untuk dinikmati. Juga ada 5 set hidangan yang akan di tukar setiap minggu untuk memberikan kelianan kepada pelanggan. 







Korang memang akan rasa tak tahu nak mula mana dulu bila dah tengok makanan banyak macam nikan. Ni Maha namakan sebagai sindrom nafsu membuak wakakaka. Maha sendiri mengalami situasi macam ni. Bufet sini mereka bahagikan kepada beberapa bahagian seperti Noodle & Rice Station, Action Station & On Ice iaitu bahagian dimana chef akan masak secara terus depan mata anda. Kemudian ada bahagian Salad & Appatizer untuk orang yang diet, ada bahagian Sandwich Station, Hot Dishes, Vageterian & Vegan Corner, From The Soup Kettle dan juga bahagian paling ramai suka iaitu Sweets & Desserts






Ramai orang kata kalau datang sini tak cuba mereka punya satay memang tak sah. Kuah satay yang sedap dan pekat serta satay ayam dan daging yang dibakar panas memang menyelerakanlah. Selain itu juga kalau siapa suka makanan berat boleh cuba mereka punya Hot Dishes seperti Fried Rice with Seafood, Mee Siam, Squids Cooked with Capsicum & Onion, Chicken Varuval, Mutton Stewed with Vagetables, Deep-Fried Breaded Fish Fingers, Mashed Potato with Gravy dan juga Ikan Masak Kicap Berempah







Bufet Hi-tea ini seperti mana yang Maha bagitahu tadi ia dibuka untuk hari Sabtu dan Ahad sahaja dari pukul 12.30 tengahari hingga 4.00 petang. Korang boleh booking awal untuk dapat tempat yang selesa atau juga boleh walk-in juga. Harga untuk Tiki Weekend Hi-Tea hanya RM86 nett untuk dewasa, RM43 nett untuk warga emas 55 tahun ke atas dan RM33 nett untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah. Jadi boleh lah plan hujung minggu untuk menikmati juadah yang menarik dan banyak kat Restoran Kontiki @ The Faderal Bukit Bintang.

Tiki BBQ Seafood Dinner


Bagi bufet untuk makan malam ni pula lain sangat daripada yang siang tadi. Selain daripada hari yang lain iaitu hanya disediakan pada Jumaat malam dan Sabtu malam sahaja. Makanan yang disediakan untuk makan malam ni pun lagi hangat dan menyengat. Dah nama pun Seafood jadi waktu malam ni lebih banyak pilihan makanan laut yang segar dan juga dipanggan panas. 








Belah malam ni korang kena cuba bahagian bakar-bakar yang berada di luar Restoran Kontiki ini. Korang mesti mengidam mereka punya BBQ yang disediakan seperti Roasted Whole Lamb Rack & Lamb Leg, juga ada Beef Wallington, Baked Whole Salmon Fish bersama dengan sos istimewa iaitu Mint Sauce, Mushroom Sauce, Black Pepper Sauce, Rosemary Sauce, Cream White Herb & BBQ Sauce. Ini sahaja Maha makan dan bertambah beberapa kali tak ingat memang asyik berulang sahaja kat bahagian ini. 








Juga ada bakar-bakar lain seperti Slipper Lobster, Tiger Prawn, Assorted Sausage, Chicken Wing, Chicken Santin, Large Squid, White Prawn, Lamb Cutlet, Flower Crab, Beef Steak, Chicken Satay dan Beef Satay. Tu bahagian yang panas ada juga yang bahagian Seafood On Ice dimana makanan laut segar dihidangkan kepada yang minat. Macam-macam pilihan ada kalau korang suka Shell Oyster, Slipper Lobster, Tiger Prawn, Flower Crab dan Shell Mussel. Siapa suka sangat makan tiram mentah dengan perahan lemon ini masa korang makan sampai puas ok tapi jangan membazir ok.








Tiki BBQ Seafood Dinner ini hanya buka pada waktu malam hari Jumaat dan Sabtu dari pukul 6.30 petang hingga 9.30 malam. Harga pula lain sikit dimana RM138 nett untuk dewasa, RM69 nett untuk warga emas 55 tahun ke atas dan juga RM49 nett untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah. Jadi kalau nak cuba makanan laut yang banyak untuk BBQ boleh datang sini mesti korang terkejut punya hehehe. 







Selain itu juga ada Tiki Yam Lay Sek iaitu A LA Carte Buffet untuk makan tengah hari dan makan malam pada hari-hari lain selain daripada promo kat atas tadi. Iaitu bermula hari Isnin hingga Jumaat buka dari pukul 12 tengah hari hingga 2.30 petang untuk makan tengah hari dan Isnin hingga Khamis untuk makan malam dari pukul 6.30 petang hingga 9.30 malam. Bak kata hari-hari lah Restoran Kontiki ini buka tapi hari yang Maha sebut kat atas tadi ada promosi makanan yang lain daripada lain. 
 
Untuk tempahan dan juga pertanyaan promosi ini boleh hubungi :
Tel : 03 2148 9166 ext. 2239
Laman web : http://www.kontiki.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/kontiki.thefederalkl
Instagram : https://www.instagram.com/kontiki.thefederalkl
Twitter : https://twitter.com/KontikiTFKL






Teman Rakan Makanan Sihat Korang Meat Stack Dari Subway Malaysia

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Siapa yang suka makan salad dan sandwich yang tebal penuh dengan daging? Kali ini Subway Malaysia telah melancarkan sub-edisi terhad iaitu Meat Stack. Menu istimewa ini boleh dinikmati bermula hari ini 30 September 2020 hingga 5 Januari 2021. Lama tu boleh lah korang pergi mana-mana Subway seluruh Malaysia untuk nikmati sandwich yang banyak lapisan daging ini.


Subway Meat Stack yang pertama seumpamanya mempunyai empat jenis daging iaitu potongan daging ayam, daging lembu pepperoni, daging lembu dan kepingan ayam. Ia pula digabungkan dengan bahan segar yang sangat sesuai seperti sayur campur, selada, tomato, timun, lada hijau, bawang, jalapenos, acar dan keju cheddar, untuk mencipta sandwic daging yang terbaik diabad ini.

Hidangan Meat Stack melayani nafsu penggemar daging yang tidak memperolehi secukupnya protein. Mereka menggunakan daging berkualiti premium khas untuk menu ini bagi memberi rasa kepuasan kepada penggemar makanan Subway.

Bagi majlis pelancaran Meat Stack baru ini, Subway Malaysia telah mengadakan tiga sesi Facebook Live dengan rakan Subway mereka iaitu pelakon Izzue Islam, penyiar radio MYFM Emely Poon dan hos TV Mark O'dea pada 3, 8 dan 10 Oktober 2020 yang lalu. Penggemar Subway semua dijemput untuk mengikuti ketika acara secara langsung tersebut dan mereka sendiri berpeluang untuk memenangi baucar Subway bernilai sehingga RM500.



Rakyat Malaysia juga dijemput untuk 'stack it up' dengan sub Meat Stack baru dan berkongsi pengalaman mereka di media sosial dengan hashtags #subwayisfresh #subwaymeatstack. Sub edisi terhad baru boleh didapati melalui makan malam atau mengambil dari semua restoran Subway atau melalui penghantaran melalui Foodpanda dan GrabFood mulai hari ini.

Bagi mengekang penyebaran Covid-19, dan untuk kesihatan dan keselamatan penyedia sandwich dan para tamu Subway Malaysia memiliki prosedur keselamatan, dan kebersihan yang sangat ketat. Nak dapatkan maklumat lebih lanjut boleh layari www.subwayisfresh.com.my.






Dari Blogger Lifestyle Kini Telah Terbit Buku Sendiri Tahniah Bella Jamal

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua kawan-kawan sekalian. Biarlah orang nak berkata apa tentang kita kerana kita buat ikhlas dari hati dan juga berkongsi perkara baik untuk semua orang. Itulah salah satu kekuatan yang dipegang oleh penulis blog Ini Adalah Bellarina Natasya. Maha pun jarang dapat jumpa blogger popular ini kerana kesibukan masing-masing dengan tugas hakiki dan juga tugasan harian.



Tapi dapat mengenali Bella iaitu seorang yang happy go lucky dan juga sering buat kita selesa dengan lawak bersahajanya. Maha kenal pun tak silap dalam beberapa acara, sejak 3 tahun lepas dan beliau telah mula menulis blog dari tahun 2016. Kalau korang perasan dalam blog beliau menulis pelbagai isu semasa termasuk juga terselit resipi masakan. Ini pun bermula dari bulan puasa tahun lepas dan beliau sering berkongsi pelbagai resipi mudah dan juga yang sering dibuat sendiri dirumah.



Siapa sangka daripada suka-suka berkongsi resipi dalam blog kepada satu karya yang diangkat oleh orang luar untuk diterbitkan dalam  bentuk e-book. Syarikat penerbit buku dari Toronto Kanada telah menerbitkan semua hasil penulisan masakan beliau dari blog ke dalam bentuk e-book. Tak percaya korang boleh cari syarikat Ukiyoto Publishing dan search buku hasil Bella yang bertajuk '20 Malaysian Home Cooking Recipes'.



Buku setebal 66 muka surat ni menyenaraikan 20 resipi dalam bahasa Melayu mudah. Juga diceritakan bagaimana resipi ini dimasak daripada pemerhatian dan juga perkongsian ciptaan mereka yang hebat. Kalau nak tahu resipi masakan Malaysia yang mudah seperti Resipi Sotong Masak Lada, Resipi Cucur Udang Rangup, resipi popular dari Pahang iaitu Pating Tempoyak pun ada dalam buku ni. Bukan sahaja resipi malah Maha dah baca dah beliau juga turut selitkan tips beguna untuk menjadikan masakan itu lebih menarik dan juga menggunakan bahan lain selain dari dalam resipi tersebut.



Maha sendiri yang ada tulis resipi kat blog ni pun belum ada keyakinan untuk terbitkan buku masakan macam ni. Walaupun buku ini diterbitkan tanpa ada gambar hanya resipi semata-mata tapi satu yang sangat membanggakan lagi kita rakyat Malaysia adalah di mana buku ini telah tersenarai dalam Gourmand Awards 2021 dalam kategori Autumn Harvest Food Culture 2020 - Blogger. Bangga siot kawan blogger kita sebaris dengan senarai dari luar negara seperti German, India, Itali, Spain, Peru, Argentina dan Chile.



Tu lah orang kata tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu. Rezeki buat kawan blogger kita Bella Jamal ni. Moga terus sukses dalam dunia blogging dan juga dunia masakan beliau. Kalau korang rasa nak support kawan kita ni boleh dapatkan naskah e-buku ini yang terlah dijual secara online di laman web Amazon, Ukiyoto Publishingdan Shopzone Singapore. Korang juga boleh contact Bella sendiri kat FB atau IG beliau @Bella Jamal untuk dapatkan hard copy dengan harga RM15 untuk cetakan terhad. Itu sahaja tanda sokongan kita sebagai kawan-kawan blogger kepada kejayaan dan rezeki yang datang tanpa diduga buat Bella. Maha support beliau moga berjaya jauh lagi ok.













BBNU Iqa Nizam's Dengan Lagu Baru 'Angan Merintih'

$
0
0
Sekarang ni zaman ramai sangat bintang daripada sosial media yang berbakat dan juga mampu bukan sahaja menyanyi tapi menghiburkan. Begitu juga dengan BBNU terbaru ini iaitu Iqa Nizam's. Kini beliau telah keluar dengan single terbaru bertajuk Angan Merintih. Lagu ciptaan sepenuhnya oleh El Hadam kini boleh didengar dan ditonton muzik video rasmi di Youtube.



Iqa Nizam's artis di bawah naungan syarikat Insictech Musicland mempertaruhkan lagi berentak Slow Rock sangat sesuai dengan suara yang unik milik artis muda ini. Kalau korang berminat dengan lagu dan suara Iqa boleh dengarkan juga di platform digital seperti Spotify, Joox, iTunes dan banyak lagi seperti senarai link di bawah.


Juga bagi yang suka megaktifkan nada pemanggil menggunakan lagu romantik ini boleh berbuat demikian dengan dengan cara yang disenarikan seperti di bawah. 

MUAT TURUN NADA DERING
Maxis CallerRingtones -- Dial *131*669926# tekan Call/Hantar
DiGi CallerTunes -- Dial *233*1373151# tekan Hantar/Call
Celcom CallMeTones -- Dial *323*738750# tekan Call/Hantar
U Mobile ColourTones -- Taip CRM 10051619 dan hantar ke 28383

Album : Iqa Nizam - Angan Merintih
℗ & © 2020 INSICTECH MUSICLAND SDN BHD
Publishing: MEDIA ASIA PRODUCTION SDN BHD


Bagi yang nak berkaraoke dengan lagu ini di sini adalah lirik penuh untuk lagu Angan Merintih. Dalam muzik video ini juga turut menampilkan pelakon muda seperti Fimie Don dan juga Raden Zaharatul. 

ANGAN MERINTIH
ARTIS : IQA NIZAM
LAGU / LIRIK:  EL HADAM

Verse 1:
Telah Tercipta, Saat Dirasakan Tiba
Menjunjung Nikmat Bahgia Tanpa Duga
Namun Terselit Sesuatu
Yang Menyakitkan Tanpa Segan Silu

Pre chorus:
Mana Mungkin, 
Ku Kan Menjadi Sasaranmu Lagi
Kerana Ku Tahu Kau Hanya Membuatku
Ku Berangan Dalam Beradu-!!!

Chorus 1:
Disaksikan Bulan Indah Cantik Mengambang
Temani Hatiku Sepinya Dibunuhmu
Bicara Katamu Membuatku Akur
Kisah Tersimpan Hanya Mimpiku

Verse 2:
Biar Sakit Dalam Diri Ku Sendiri
Takku Biar Mereka Menangis Untukku
Kerana Ku Yakin Disebalik Kisahku 
Tersimpan Harga Tiada Ternilai








Serlahkan Kekuatan Diri Sendiri Melalui AMAZING MK

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Siapa sini yang mahu mempunyai empayar business yang berjaya dan hidup mewah dengan segala-gala yang kita nak boleh dapat. Bila kita tengok ramai usahawan luar sana yang buat perniagaan senang untuk berjaya. Kenapa bila masa kita nak buat ada sahaja halangan yang tak membantu dalam usaha kearah kejayaan itu. Mungkin juga ada yang dah buat perniagaan tapi tak pernah puas dengan apa yang dicapai hanya pada tahap itu sahaja tak boleh nak berkembang lagi.



Kat mana korang rasa silapnya kita dalam membuat perniagaan atau juga menentukan arah hidup kita. Adakah kita kurang ilmu dalam perniagaan atau juga kita ni memang tak boleh berniaga. Sedangkan Rasullullah S.A.W sendiri juga merupakan seorang peniaga terkenal sebelum diangkat menjadi Rasul. Jadi mengapa kita tidak. Dimana silapnya semua ini atau memang kita akan sentiasa berada pada takok lama dan tidak boleh merubah diri.

Sebenarnya tiada yang silap pun tapi kita tak tahu cara sebenar sebelum memulakan sesuatu dalam perniagaan mahupun dalam menentukan kehidupan kita. Paling penting sebenarnya kita kena kenali diri kita sendiri dulu. Maksudnya kenali kekuatan dan kemampuan yang ada dalam diri kita sebelum kita kembangkannya menjadi sesautu yang lebih terserlah. Macam mana nak kenali diri kita adakah dengan hanya mengadap cermin dan tenung baru kita kenal siapa diri kita.



Sebenarnya ada cara paling berkesan dan juga yang ditunjukkan dalam Islam sendiri untuk mengenali kekuatan diri sendiri. Iaitu melalui cap jari. Bukan buat tilik nasib seperti mana amalan kurafat kat luar sana. Ia lebih kepada kajian teknologi yang dibangunkan dengan menggunakan fakta dalam Al Quran dan Hadis. Tenyata pada cap jari kita ini ada saraf dan juga sel-sel yang berhubung terus kepada anggota badan dan juga otak dalam merangsang akan kekuatan dan kelebihan seseorang.

Sebab itulah setiap jari manusia tak ada akan sama antara satu dengan orang lain dan ia menjadi salah satu pengenalan diri paling dipercayai untuk digunakan secara meluas seluruh dunia. Maha tahu akan keunikan cap jari manusia ini tapi tak tahu bahawa daripada cap jari ini juga boleh menentukan kekuatan dan kelebihan seseorang disebalik diri dan personaliti yang dimiliki oleh seseorang itu.

AMAZING SUCCESS


Itulah yang diterapkan dalam seminar Amazing Success. Korang pernah dengar tak pasal seminar ini. Bukan seminar biasa-biasa yang kita tengok orang selalu memekak dan juga buat perlbagai tarian atas pentas untuk menarik minat semata-mata. Amazing Success ini menggunakan teknologi dari negara Indonesia yang dibangunkan untuk mengenali kelebihan diri melalui peralatan yang dipanggil Amazing MK atau pun Mesin Kecerdasan.



Apa itu Mesin Kecerdasan? Ia bukan alat senaman yer tapi ia adalah satu peralatan yang dibangunkan untuk mengambil sepuluh cap jari yang kita ada dan ia akan dirumuskan melalui cara pengiraan yang terlah ditetapkan melalui teknologi yang dikaji dan mengeluarkan keputusan yang ada dalam diri kita melalui mesin tersebut. 



Keputusan daripada Amazing MK ni terbahagi kepada 5 sifat manusia yang telah dikaji iaitu Thinking, Sensing, Intuiting, Feeling dan Insting. Jadi setelah korang mengenali diri dan personaliti yang tersembunyi ini baru korang ditentukan cara dan bagaimana untuk mengembangkannya. Korang akan dikumpulkan mengikut result daripada mesin tesebut untuk memudahkan penyampaian oleh fasilitator yang mahir dan berpengalaman dalam bidang ini. Itu yang menjadikan seminar Amazing Success ini sangat unik dan lain daripada yang lain. Mereka mengajar cara berjaya bukan ikut cara fasilitator tapi mengikut kekuatan dan cara yang ada dalam diri korang sendiri. 

AMAZING MK

Ini kerana sebelum korang masuk atau menyertai seminar ini korang kena buat pengujian melalui Amazing MK dan di situ korang akan dibahagikan mengikut hasil daripada mesin tersebut. Fasilitator akan mengetahui kelebihan dan kekuatan korang melalui result terbut dan disitu mereka akan membimbing korang dengan cara yang lebih berkesan dan juga lebih tepat dengan kekuatan dalam diri korang. Juga daripada result Amazing MK tu korang akan terus mengamalkan segala yang diajari agar ia menjadi kebiasan dan juga cara yang betul untuk mendidik diri berjaya dan terus berjaya.



Amazing Success ini bukan sahaja fokus kepada seminar untuk usahawan atau peniagaan sahaja mereka ada banyak sebenarnya cabang. Tapi yang paling kerap dan juga rakyat Malaysia cari sekarang ini adalah membina peniagaan, pengurusan kewangan dan juga saham. Almaklumlah sekarang ni kita diapit dengan kesempitan dalam keadaan pendamik yang melanda membuatkan ramai orang hilang pekerjaan dan mula nampak untuk berniaga dan juga mencari peluang lain dalam diri sendiri.

Di situ lah mereka Amazing Success ini membantu rakyat Malaysia berjaya. Walaupun cara ini masih terlalu baru di Malaysia tapi ia telah terbukti berkesan dalam membimbing ramai rakyat Malaysia untuk yakin diri dan menggunakan cara betul untuk berjaya. Sehingga hari ini sebanyak tiga kali seminar telah dijalankan di tiga lokasi berlainan iaitu di Desaru Johor, Puchong Selangor dan Kulai Johor. Seminar mereka selalu akan diadakan selama 2 hari 1 malam. Kalau korang nak tahu lebih lanjut dimana lagi seminar yang akan diadakan dan masa yang ditetapkan boleh layari laman Facebook Page Amazing Success.



Maha belum lagi mengikuti kelas seminar mereka kerana baru sahaja tahu pasal program ini. Rasa teruja juga untuk menyertai dan juga mengetahui bagaimana ia berjalan dan apakah kekuatan diri Maha melalui ujian peralatan Amazing MK ni. Ia terbuka kepada semua orang tak kira usia atau juga jantina serta bangsa. Yang penting kita nak mengubah diri kita dan mencari kekuatan yang ada dalam diri. Tunggu nanti Maha akan update banyak lagi tentang program ini ini bila dah join seminar mereka dalam masa terdekat nanti ok.


Image by MichaelGaida from Pixabay





Sound Healing Atasi Masalah Kesihatan Dalaman Dan Luaran Melalui Muzik

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Dalam kehidupan harian kita tak boleh lari daripada masalah peribadi mahupun masalah dalaman atau juga masalah tekanan dalam kehidupan. Memang semua orang akan almi perkara ini mungkin ada yang sedikit sahaja dan ada yang pada tahap kritikal. Sekarang ni pun ada pelbagai rawatan yang diperkenalkan kepada kita melalui rawatan klinikal atau juga terapi.



Tak dinafikan bahawa rawatan klinikal terbukti memberi kesan yang baik tapi ada juga alternatif lain yang juga turut sama mampu untuk memberi rawatan kepada pelbagai masalah ini. Kita pernah dengar tentang teripi zikir dan ia lebih kurang sama konsep dimana mengamalkan cara Islam dalam memberi rawatan tapi menggunakan muzik. Korang pernah dengar tentang Sound Healing atau Terapi Muzik

JAJAH MINDA DIRI


Sebenarnya terapi ini sudah dikenali diseluruh dunia dalam kalangan profesional khasnya, cuma di Malaysia ini ia masih baru dan jenama Jajah Minda Diri (JMD) dengan pengasasnya Tuan Abib Syed Ali adalah merupakan anak Melayu pertama yang berkongsi ilmu terapi ini di Malaysia. Siapa kenal dengan Tuan Abib Syed Ali ini?

Tuan Abib Syed Ali



Kalau pernah dengar akan jenama Jamu Mak Dara beliau adalah pengasas kepada perusahaan itu yang kini telah menceburi bidang terapi muzik ini sejak dua tahun yang lalu. Sebenarnya konsep terapi ini selari dengan amalan Islam yang diterjemahkan dalam bentuk sains. Apabila alat muzik seperti gong dimainkan, ia mampu menghasilkan satu getaran untuk merangsang saraf dalam diri manusia seterusnya membantu pengaliran darah. Melalui terapi ini gelombang dan frekuensi yang terhasil diaplikasikan untuk merangsang saraf dalam anggota badan kita.



Maha berkongsi cerita tentang terapi ini kerana Maha juga telah alami program terapi muzik yang dianjurkan oleh beliau baru-baru ini di Shah Alam. Pengalaman pertama Maha mengenali tentang terapi muzik ini. Terapi ini membabitkan empat segment utama iaitu pertama kenali diri, kedua kerohanian, ketiga zikir terapi dan keempat sound bath (mandi bunyi).



Bagi Maha yang baru mencuba terapi ini bahagian paling menarik dan juga sesuatu yang sangat terkesan dalam diri adalah bahagian terapi sound bath atau mandi bunyi. Waktu ini kita akan direhatkan dan dibaringkan dengan selesa dalam keadaan seperti tidur kemudian proses menyenangkan diri menggunakan kaedah memainkan muzik melalui alat seperti gong dan crystal bowl. Kat situ Maha paling terasa sekali segala tubuh badan dialun dengan kesedapan muzik menyerap dalam tubuh dan buat kita akan bangun dalam keadaan yang lebih rehat dan tenang.

KESAN TERAPI PADA DIRI


Selepas sahaja menjalani meditasi ini kita akan rasa lebih positif dan apa yang kita sangka mustahil sebenarnya tidak mustahil untuk dikecapi. Kena yakin dan tenang diri sahaja. Tuan Abib berkongsi ilmu yang dimiliki dengan mereka yang minat serta memerlukan. Beliau sendiri mendapat undangan persendirian oleh beberapa rakan dan individu yang serasi dengan terapi ini dan ingin mencubanya. Sesuai juga kepada pasangan suami isteri yang menghadapi masalah dalam rumahtangga.  




Bagi Maha yang mencuba meditasi ini sangat bagus ia sesuatu yang baru dan pasti akan memberi kesan positif dalam diri untuk kita sayangi diri kita sendiri. Sekurang-kurangnya sebelum tidur kita luangkan masa dengan diri sendiri untuk memaafkan diri kita dan juga berterima kasih kepada diri kita setelah apa yang kita lalui. Ia akan membuatkan kita lebih tenang dan bila hati tenang jiwa tenang apa yang kita hajati Insha Allah akan mudah untuk datang kepada kita. Tapi hajati kepada perkara yang baik sahajalah. 



Kalau korang rasa nak ketahui lanjut tentang terapi ini dan bagimana ia dijalankan boleh terus ke laman sosial Instagram @abibsyedali. Terapi ini paling baik dilakukan dalam tempoh 3 hari 2 malam baru dapat segala-galanya. Terapi JMD turut pernah disertai oleh selebriti tanah air seperti Ayu Damit (peserta Gegar Vaganza 7), Ustaz Akhil Hay, Fitri Hiswady dan Nazrief Nazri. Saya ambil kata-kata hikmah Tuan Abib "Ubah cara berfikir, anda ubah perasaan dan secara tidak langsung anda ubah masa depan. Syukur Alhamdulillah Amin".







Viewing all 1348 articles
Browse latest View live




Latest Images