Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1429

Makan Best Di Bangi Yang Mesti Cuba Orked Lavender Kafe Seindah Nama Sesedap Rasa

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa duduk atau bekerja area Bangi mesti korang puaskan makan kat situ memang banyak pilihan. Tapi kalau korang tak singgah satu kafe ini sangat-sangat rugi sebab konsepnya yang berlainan. Yang Maha maksudkan tu adalah Orked Lavender Kafe ni.


Dengar nama pun dan sedap kafe ini kalau korang datang dan tengok sendiri dekorasi dalaman yang berunsur alam iaitu bunga orked berwarna purple rasa tenang jer. Kemudian susun atur meja dan juga perhiasan kafe ni cukup simple tapi elegan. Pulak tu warna dinding purple dan putih memberi seri kecantikan seperti mana cantiknya bunga orked purple ni.



Maha suka masuk kafe ini sebab masa mula melangkah tu rasa macam masuk lobi hotel 5 stars. Didendangkan dengan lagu romantik dan slow ni rasa dibuai keasyikan sambil nikmati makanan. Ditambah lagi konsep makanan kat sini pun memang cukup menarik.



Mana taknya korang tengok macam Inggeris stylekan tapi makanan utama adalah makan tempatan. Sebab nak penuhi citarasa rakyat Malaysialah. Yang pasti orang Pantai Timur suka makan sini sebab ada Nasi Dagang yang asli. Kenapa Maha cakap macam tu sebab bila korang makan dapat rasa kari ikan tongkol yang berlemak juga ada telur rebus bersama arca sayur tu memang seperti mana makan kat negeri Terengganu. Pulak tu ada 2 batang Locking.

Nasi Dagang

Locking ni kalau orang KL panggil satay ikan tapi kat negeri pantai timur glamor panggil Locking. Tapi sini mereka goreng satay ikan ini jadi rasa lebih garing. Lokcing ni tak sama dengan Keropok Leko. Sebab kat sini pun ada jual keropok leko dari Terengganu. Sedap kot makan dengan sambal yang dibuat sendiri.

Locking

Keropok Leko

Bagi yang nak makan laksa sini pun ada sediakan Laksa Johor yang cukup popular. Laksa Johor ni menggunakan Spaghetti sebagai meenya dan kuahnya adalah isi ikan yang dikisar. Kemudian disamping tu nak bagi urmmhhh lagi rasa laksa ni mereka sediakan Sambal Cili sekali kena tambah baru lagi kaw hehehe.

Laksa Johor

Selain makanan tempatan Maha tengok dalam menu tu pun ada juga hidangan yang lite and healthy. Korang leh cuba Sandwich atau Paratha menarik juga. Tak pun boleh cuba dessert seperti yang Maha order ni. Paling best mesti waffle Maha pilih Signature Waffle Strawberry Brownies. Mengandungi walffer dengan potongan kek brownies perisa strawberry bersama salutan pekat caramel sauce pastu ada aiskrim vanilla lagi dalamnya yummmm.

Signature Waffle Strawberry Brownies

Maha ni pecinta coklat jadi memang akan pilih minuman berasaskan coklat. Kat sini special adalah Volcano Milkshake yang ni Chocolate Brownies memang mengancam. Tengok sendiri limpahan coklat disekeliling minuman ni membuatkan kita hilang rasa stress tau bila minumnya.

Volcano MilkshakeChocolate Brownies

Jadi sapa ada area Bangi dan yang berhampiran dengannya harus singgah kafe ini memang tak rugi sebab menarik dan makanan sedap-sedap. Dibuka setiap hari dari pukul 12.30 tenghari hingga 11.30 malam. Hari Jumaat pula lewat sikit dari pukul 2.30 petang hingga 11.30 malam. Selamat mencuba semua ok.


Tempahan dan promosi layari :
Tel : 03-8912 2200

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5






Viewing all articles
Browse latest Browse all 1429

Trending Articles